Saya masih ingat, ibu pernah bercerita, selepas ayah meninggal dunia ketika kami adik-beradik masih kecil, ibu ada terima duit pampasan insurans takaful RM600,000 tunai, yang ayah pernah mencarum ketika masih hayatnya.
Ibu kata, duit itulah yang ibu gunakan untuk sara kami sekeluarga dan membesarkan kami adik beradik sehingga kami habis pelajaran, tanpa ibu perlu bekerja, sehingga bertahun-tahun lamanya.
Kini, saya sudah bekerja dan saya pula yang akan jaga ibu bersama adik-beradik yang lain.
Saya juga akan buat perkara yang sama, iaitu mencarum hibah takaful untuk kesenangan hidup keluarga saya juga suatu hari nanti.
Ayah telah ajar saya erti tanggungjawab, walaupun ayah sudah tiada. Kalau tiada aset tunai (hibah takaful) yang ayah sediakan, pastinya sukar kami nak teruskan kehidupan, tanpa ayah dan paling perit, TANPA DUIT. Mungkin juga kami terpaksa bekerja di awal usia, tanpa menghabiskan persekolahan.
Terima kasih, ayah! (rasa sebak)