Sudah menjadi trending ketika ini tentang
old money dan komunitinya. Jika difahamkan dari
segi definisi,
old money adalah tentang generasi terkini yang mewarisi kekayaan dari generasi-generasi
sebelumnya. Atau, mungkin lebih tepat, mereka yang ‘lahir atas dulang emas’. Beruntung dan tumpang gembira
kepada mereka yang dalam golongan ini.
Tetapi, janganlah kita sedih atau berasa iri hati dengan mereka ini, jika kita
tidak dilahirkan dalam
keluarga yang sudah sedia kaya-raya. Sebaliknya, jadikan ia sebagai satu
pencetus untuk kita juga
wujudkan definisi
old money dalam keluarga kita sendiri.
“Hasil Kerja Keras Generasi Sebelum“
Tolak tepi golongan sultan, raja dan keturunannya. Generasi
old money yang wujud pada hari ini, dari
golongan rakyat biasa, pastinya adalah
hasil kerja keras daripada generasi-generasi sebelum mereka
dalam membina empayar kekayaan dan harta-benda, sehingga ia boleh diwarisi dan dikekalkan kepada generasi-generasi
selepas mereka.
“Tiada Old Money, Tanpa New Money“
Kita juga boleh buat begitu!
Kita boleh cipta
New Money pada hari ini, supaya ia boleh diwarisi dan menjadi
old money
kepada generasi selepas kita. Ingat! Tiada
old money, tanpa
new money.
Berkata mungkin mudah, tetapi ia
tidaklah susah untuk mencapainya!
Dan, definisi kaya untuk setiap orang juga tidak sama. Ada orang, dapat RM100,000 pun dah terasa sangat kaya dan ada
juga yang dapat RM100 Juta pun masih belum berasa kaya. Jadi, definisi kaya itu adalah
subjektif!
“Hibah takaful sebagai new money & old money“
Salah satu cara untuk kita cipta
new money adalah dengan cara mencarum dalam pelan perlindungan takaful nyawa,
atau lebih popular dengan istilah
Hibah Takaful.
Anda mencarum hari ini,
sejumlah pampasan takaful sudah tersedia, contohnya nilai RM1 Juta, sebaik sahaja
permohonan anda diluluskan dan
cover untuk kematian.
Nilai RM1 Juta ini sudah tersedia untuk anda dan menjadi
new money kepada anda, walaupun anda belum betul-betul
memilikinya (iaitu selepas kematian).
Sekiranya berlaku kematian, RM1 Juta duit tunai pampasan takaful ini akan diberikan kepada
penama yang telah anda
namakan dalam sijil takaful anda.
Contohnya, anda adalah suami dan sebagai pencarum. Anda letak nama isteri sebagai penama. RM1 Juta tunai itu akan diberikan
kepada isteri, selepas kematian. Dan, ia menjadi
old money kepada isteri dan anak-anak anda, kerana duit itu
sudah dapat diwariskan kepada mereka. Dengan adanya duit itu, mereka boleh meneruskan kehidupan seperti sedia kala dan
menikmati kesenangan seperti anda masih ada.
Di bawah adalah contoh quotation hibah takaful: