Saya adalah perunding takaful sepenuh masa yang mewakili syarikat Etiqa Family Takaful dan Etiqa General Takaful, di bawah agensi XYZ Group.
Jika anda sedang mencari pelan perlindungan takaful untuk diri sendiri, keluarga, harta-benda, pekerja mahupun untuk perniagaan anda, Hubungi saya HARI INI untuk dapatkan khidmat nasihat percuma!
TAKAFUL HAYAT
Hibah Takaful
instant cash untuk keluarga meneruskan kehidupan dalam keadaan senang seperti sediakala, sekiranya pencarum meninggal dunia atau hilang upaya kekal
Pelan ini cover pampasan kematian dan hilang upaya kekal
Caruman bulanan serendah RM50/month
Jumlah perlindungan serendah RM25,000 sehigga jutaan RM (sebaiknya 10 tahun gaji)
Manfaat perlindungan berganda untuk kematian atau hilang upaya kekal akibat kemalangan
Tempoh perlindungan sehingga maksima umur 100 tahun
Back up fund sekiranya nasib tidak menyebelahi diri, apabila jatuh sakit, menghidapi salah satu penyakit kritikal atau kanser yang dilindungi dan terlantar serta diberhentikan kerja kerana sudah tidak lagi fit untuk bekerja, tetapi segala keperluan kehidupan masih perlu dibayar/ ditanggung, dan ada tambahan kos untuk mengubati penyakit yang dialami atau mungkin perlu renovasi rumah/ kereta, supaya sesuai untuk penggunaan kerusi roda/ katil bergerak
Cover pampasan tunai untuk sakit kritikal dan kanser
Jumlah perlindungan dari puluhan ribu sehingga jutaan RM (sebaiknya sejumlah 5 tahun gaji)
Pilihan tempoh perlindungan sehingga maksima umur 100 tahun
pelan perlindungan hybrid yang disertakan dengan manfaat simpanan
pilihan tempoh caruman sependek 8 tahun sehingga maksima 20 tahun
nikmati manfaat perlindungan dan pulangan simpanan guaranteed & non-guaranteed sehingga maksima 30 tahun
Guaranteed return adalah dari pelaburan kategori low risk dan non-guaranteed return adalah pelaburan dari kategori high risk
Caruman bayaran anda akan diteruskan oleh pihak takaful, sekiranya anda menghidapi salah satu penyakit kritikal yang dilindungi, dalam tempoh bayaran
sekiranya berlaku kematian, kesemua simpanan berserta manfaat pampasan takaful akan diberikan kepada waris yang telah dinamakan, secara hibah (milikan 100%) tanpa perlu difaraid (for muslim)
Menyediakan perlindungan untuk Kontraktor dan Pemaju untuk memenuhi kewajipan mereka di bawah syarat kontrak bagi kerja-kerja kejuruteraan awam yang diberikan kepada mereka seperti pembinaan bangunan, infrastruktur dan kerja kejuruteraan awam yang lain.
Perlindungan sijil untuk kerugian atau kerosakan atas kerja-kerja kontrak semasa tempoh pembinaan boleh dilanjutkan kepada tempoh penyelenggaraan dari apa-apa sebab yang tidak dikecualikan secara khusus.
Sijil ini akan terhenti apabila tamatnya projek dan penyerahan kepada Prinsipal.
Sijil Semua Risiko Kontraktor (Contractor's All Risks) ini bukan sijil tahunan dan oleh itu tidak boleh diperbaharui.
Secara amnya, sijil ini melindungi kontraktor dari risiko kerosakan bahan dan melindungi liabiliti pihak ketiga
Kontraktor perlu mempunyai lesen dan letter of award
Sijil Semua Risiko Pembinaan (Erection All Risks) menyediakan perlindungan komprehensif kepada kontraktor untuk memenuhi obligasi mereka di bawah syarat-syarat kontrak bagi kerja projek yang melibatkan pembinaan jentera, loji, struktur besi dalam apa jua bentuk yang diberikan kepada mereka bagi projek yang berkaitan dengan pembinaan, pemasangan, pengujian dan pentauliahan di tapak projek.
Kerosakan Bahan / Peralatan
Melindungi apa jua kerugian atau kerosakan fizikal secara tidak dijangka dan tiba-tiba akibat semua sebab, selain daripada perkara yang dikecualikan secara khusus di dalam sijil
Liabiliti Pihak Ketiga
Melindungi kontraktor daripada semua bayaran di mana dia bertanggungjawab dari segi undang-undang untuk membayar ganti rugi akibat daripada:
(a) Kecederaan anggota badan atau penyakit yang tidak disengajakan yang dialami oleh pihak ketiga akibat kemalangan (sama ada membawa maut atau tidak)
(b) Kerugian atau kerosakan harta benda yang tidak disengajakan milik pihak ketiga akibat kemalangan dan berkaitan terus dengan kerja pembinaan peralatan/bahan yang dilindungi di bawah Bahagian I dan berlaku secara langsung di kawasan tapak kerja semasa tempoh perlindungan
Melindungi liabiliti undang-undang anda kepada pihak ketiga berkenaan dengan kecederaan anggota badan yang tidak disengajakan atau kerosakan harta benda yang disebabkan oleh pekerja anda atau kecuaian anda
Skim ini menyediakan perlindungan kepada anda sebagai majikan berkenaan liabiliti berkanun di mana anda akan bertanggungjawab untuk membayar pampasan kepada mana-mana pekerja bagi kecederaan anggota badan akibat kemalangan atau penyakit akibat pekerjaan atau semasa menjalankan pekerjaaannya di bawah Undang-Undang Pampasan Pekerja dan Undang-Undang Biasa untuk pekerja yang tidak dilindungi oleh SOCSO.
Pelan yang semakin mendapat sambutan dikalangan pemilik premis atau bangunan berikutan perkembangan pesat sektor pembinaan bangunan baru yang sebahagian besarnya dilengkapi dengan panel kaca ini melindungi pecahan kaca tetap di premis komersial dan perindustrian, bangunan awam, kompleks perniagaan dan lain-lain.
Pelan ini sesuai untuk perniagaan yang melibatkan transaksi tunai harian di mana perlindungan ini merangkumi wang yang hilang di dalam perjalanan atau yang disimpan di premis.
Pihak takaful juga akan menanggung kerugian anda sekiranya berlaku kerugian/ kerosakan wang akibat peril kecurian.
Wang di sini bermaksud wang tunai, nota bank, cek, kiriman wang, wang pos, Bil Pertukaran dan setem yang tidak digunakan
Jaminan Kesetiaan (Fidelity Guarantee) adalah perlindungan terhadap kehilangan wang atau barangan akibat daripada sebarang tindakan penipuan atau perbuatan tidak jujur oleh kakitangan
juga melindungi terhadap kerugian akibat semua perbuatan penipuan atau ketidakjujuran atau pemalsuan atau penyelewengan yang dilakukan oleh kakitangan
Pelan ini menyediakan perlindungan untuk kerugian atau kerosakan kepada barangan yang diisytiharkan yang dihantar melalui semua jenis pengangkutan (laut, udara, jalan raya dan rel) dari tempat asal gudang ke tempat tujuan gudang, termasuk penyimpanan sampingan
Pelan Houseowners melindungi struktur rumah anda termasuk dinding, bumbung, lekapan dan kelengkapan, garaj, pintu pagar dan pagar
Pelan Householders pula melindungi isi rumah seperti barangan isi rumah, barangan peribadi dan harta mudah alih yang lain
Perlindungan adalah merangkumi:
- Kebakaran, kilat, petir dan letupan domestik
- Kerosakan akibat pesawat dan impak oleh kenderaan atau haiwan
- Pecahan atau limpahan tangki air atau paip
- Kecurian dan pecah masuk
- Banjir, hurikan, siklon, taufan, angin ribut
- Kerugian sewa
- Liabiliti kepada pihak ketiga
Di bawah Peraturan 21, Peraturan Imigresen, adalah diwajibkan untuk menyediakan jaminan dalam bentuk deposit keselamatan untuk pengupahan pekerja asing (tidak termasuk Pembantu Rumah Domestik)
Jaminan ini adalah untuk menampung perbelanjaaan penghantaran pulang pekerja yang mungkin diarahkan untuk balik ke negara asal semasa bekerja di Malaysia atas arahan pihak berkuasa
Antara sebabnya:
- Pelanggaran Akta Imigresen
- Pekerja terlibat dengan aktiviti yang haram dan menyalahi undang-undang seperti dadah, kerja-kerja yang tidak bermoral dan lain-lain
- Syarikat anda dibubarkan dan tidak dapat menyediakan penghantaran pulang pekerja
Pelan ini membantu majikan mengurangkan beban kewangan sekiranya pekerja asing dimasukkan ke hospital akibat kemalangan atau penyakit ke Hospital Kerajaan Malaysia bukan korporat (non-corporatised Malaysian GH
Pekerja asing sepenuh masa yang bekerja dengan pemilik sijil, secara sah
Had umur: 18 - 60 tahun
Had tahunan sehingga RM20,000
Had bilik dan makanan sehingga RM160/hari
Termasuk perlindungan di ICU sehingga 15 hari
Tempoh perlindungan: 1 tahun
Pemeriksaan kesihatan mungkin tidak diperlukan, jika telah lulus pemeriksaan perubatan yang diselia oleh FOMEMA
perlindungan bagi kerosakan mesin jentera secara tiba-tiba dan tidak dijangka semasa waktu kerja atau waktu rehat, dan semasa pembersihan, pemeriksaan, pembaikan, pengeluaran atau pemindahan ke tempat lain di dalam premis
Kerosakan yang tidak dijangka dan tiba-tiba termasuk:
- Kerosakan bahan, reka bentuk, pembinaan atau getaran
- Kecacatan dalam acuan/tuangan dan bahan
- Kegagalan mesin jentera bersambung atau peranti pelinciran yang defektif, kelonggaran alatan, tekanan yang tidak normal, pemanasan sendiri, daya emparan tekanan elektrikal litar pintas yang berlebihan, pengarkaan atau litar terbuka, kecuaian dalam penebatan atau perbuatan niat jahat, kekurangan kemahiran, impak, pelanggaran dan seumpamanya
- Ribut dan letupan fizikal
perlindungan komprehensif untuk peralatan elektronik dan peralatan berkaitan dengan komputer termasuk media data luaran
Pampasan akan dibayar atas sebarang kerugian fizikal, melainkan kerugian itu dikecualikan
Barangan yang rosak atau musnah mestilah disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka dan tiba-tiba, di mana barangan itu tidak lagi dapat berfungsi dengan baik
perlindungan untuk sebarang kerugian atau kerosakan fizikal secara tidak dijangka dan tiba-tiba akibat letupan kuat dan kejatuhan unit dandang (boilers) dan peralatan tekanan wap dalaman atau tekanan cecair yang lain (pressure vessel)
perlindungan tambahan untuk membayar ganti rugi bagi kerosakan harta benda dan liabiliti atas kecederaan anggota badan pihak ketiga yang ditanggung oleh Peserta di sisi undang-undang​
Bagaimana nak beritahu ramai orang yang anda jual pelbagai produk?
Website boleh membantu anda bina Personal Branding,
bina trust dan masukkan produk-produk yang anda ada.
Whatsapp admin untuk kami bantu buatkan website!