Tahukah Anda?
Anda boleh memohon perlindungan takaful untuk anak sejak anak masih dalam kandungan ibu lagi, seawal minggu ke 13/14

6 Sebab Kenapa Anda Perlu Lindungi Anak Sejak Dalam Kandungan Lagi:
  1. Risiko Di Fasa Kehamilan
    Mengetahui diri sedang hamil adalah satu berita yang sangat menggembirakan dan mengujakan. Namun begitu, risiko kecelakaan atau musibah juga boleh berlaku pada fasa ini yang membawa bahaya kepada ibu atau anak yang dikandungkan.

    Anak yang dikandungkan mungkin berlaku risiko berkembang dalam keadaan songsang atau tidak normal, mengalami kecacatan dan sebagainya. Manakala ibu pula mungkin ada risiko menghidapi tekanan darah yang tinggi sehingga boleh menjadi sawan, air ketuban terperangkap dalam salur darah, plasenta terpisah dari dinding rahim dan lain-lain lagi.

    Bukanlah diminta perkara ini berlaku, dan ia sesuatu yang kita mungkin tak boleh elakkan. Tetapi, sekurang-kurangnya, kita boleh dapat perlindungan dalam bentuk pampasan tunai sekiranya ia berlaku dan sedikit sebanyak boleh meringankan beban kewangan.

  2. Seawal Usia Kandungan 13 / 14 minggu
    Ibu boleh berikan perlindungan kepada anak seawal kandungan minggu ke 13/14. Pada ketika itu, anak sudah mula berkembang pantas mempunyai anggota sehingga cukup sifat. Ibu juga semakin excited dalam keadaan fizikal yang semakin membesar, dan menjadi perhatian rakan-rakan sekeliling, mengidam pelbagai perkara dalam emosi yang kadangkala tidak menentu. Setiap kandungan mempunyai pengalaman yang berbeza.

  3. Rawatan IC/HDU, Inkubator & Jaundice
    Jika anak dilahirkan dalam keadaan tidak stabil, mungkin atas sebab tidak cukup bulan, anak mungkin perlu dimasukkan ke unit ICU/HDU atau jika anak menghidapi jaundice (demam kuning) dan memerlukan rawatan phototherapy.

    Jika perkara ini berlaku, pihak takaful akan menanggung rawatan di ICU/HDU secara pay & claim dan juga menanggung kos inkubator. Selain itu juga, tunai diberikan sehingga RM1,000 apabila mendapatkan rawatan phototherapy.

  4. Tak Perlu Risau Kelulusan Medical Card & Tempoh Menungu Bermula Hari ke-15
    Ini adalah satu lagi kelebihan jika mohon perlindungan takaful untuk anak sejak anak dalam kandungan ibu, yang disertakan manfaat medical card.

    Normal practise, bila anak dilahirkan tidak cukup bulan (contohnya), peluang untuk mohon medical card untuk anak akan ‘ditangguhkan’ kelulusannya selepas anak berusia 2 tahun dan ke atas. Tetapi, jika anda sudah mohon medical card semasa anak masih dalam kandungan ibu lagi, tidak perlu risau perkara ini kerana medical card sudah pun lulus. Tempoh menunggu pula (sebelum dibenarkan claim) akan bermula secara automatik pada usia anak hari ke-15 sehingga hari ke-120 (standard).

    Berbeza jika anda baru nak mohon medical card untuk anak selepas dilahirkan. Paling awal boleh mohon adalah pada hari ke-15 dan proses kelulusan mungkin ambil masa 1 minggu, dengan syarat anak dilahirkan dalam keadaan sihat. Tempoh menunggu pula akan bermula dari hari diluluskan.

  5. Anak Hidap Penyakit Congenital (sejak lahir)
    Perlu kita akui bahawa sebarang penyakit yang disahkan congenital oleh doktor, memang tidak akan cover, walaupun sudah ada takaful, mohon sejak dalam kandungan. Tetapi, pihak takaful ada menyediakan pampasan tunai atau tanggungan sebahagian rawatan yang boleh dituntut bagi meringankan beban kewangan jika menghidapinya. Sekurang-kurangnya boleh dapat sesuatu dari tiada langsung

  6. Cover Autism
    Kini, perkara anak disahkan autism bukan asing lagi. Lebih ramai anak boleh mengalaminya. Autism ada banyak kategori dan tak semua kategori boleh cover oleh pihak takaful. Lebih banyak tak cover dari yang cover.Jika anda sudah mohon pelan takaful pre-birth ini, tak perlu risau jika anak menghidapi autism. Ia adalah cover

Pelan pre-birth ini ada ditawarkan oleh Prudential BSN Takaful dan AIA Public Takaful. Anda boleh menghubungi agent-agent dari company ini untuk dapatkan lebih info dan sebutharga caruman bayaran.

Borang Quotation

Isikan maklumat di bawah ini untuk dapatkan info penuh berserta sebutharga caruman bayaran bagi pelan perlindungan takaful yang diperlukan.

Please enable JavaScript in your browser to complete this form.
Salah satu dari syarikat takaful di bawah akan disyorkan kepada anda!
Share to:
Anda Agent Takaful?
>> Tekan sini! <<
error: Content is protected !!