Apa itu WASIAT?
Wasiat adalah pengakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk digunakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam, selepas kematiannya. Wasiat hanya akan berkuatkuasa selepas kematian dan ianya boleh dipinda oleh pewasiat, semasa hayatnya.

Syarat Sah Wasiat:
  1. Pertama sekali, wasiat perlulah bertulis
  2. Pewasiat mestilah Islam dan dewasa
  3. Waras, tiada paksaan dan desakan daripada sesiapa
  4. Mestilah seorang yang tidak dilarang untuk mentadbir harta atau bankrap
  5. Wasiat perlu ditandatangani dan disaksikan oleh sekurang-kurangnya 2 orang lelaki Islam atau 4 orang perempuan Islam ketika wasiat ditandatangani.

5 Sebab Kenapa Perlu Wasiat:
  1. Melantik Wasi/Pentadbir bagi memastikan aset dapat dicairkan dan diuruskan serta diagihkan kepada waris
  2. Melantik siapa Penjaga harta untuk anak di bawah umur/ OKU, selepas kematian pemilik harta
  3. Menentukan pemberian harta kepada mereka yang bukan waris Faraid (contoh: anak angkat), termasuk pemberian infaq selepas kematian pemilik harta
  4. Memudahkan waris tahu senarai harta apa yang dimiliki oleh pemilik harta dan juga memudahkan mereka untuk menguruskan harta tersebut
  5. Juga memudahkan waris untuk mengetahui bagaimana harta pemilik itu perlu diagihkan mengikut kehendak pemilik

Siapa itu Wasi?
Wasi/Pentadbir adalah pihak yang mempunyai kuasa untuk menguruskan harta pusaka si mati.

Analoginya begini,
semasa ada hayat, seseorang pemilik hanya perlukan tandatangan dan cap jarinya sahaja sebagai kuasa untuk membeli, meminda, menukar hak milik atas sesuatu harta yang dimiliki. Tetapi, selepas kematian, tandatangan dan cap jari pemilik sudah ‘tak laku’.

Jadi, seseorang perlu dilantik untuk mewakili pemilik yang sudah meninggal dunia, untuk melakukan sesuatu terhadap hartanya. Seseorang itu boleh jadi salah seorang daripada warisnya (Muslim berumur lebih 18 tahun) atau appoint syarikat amanah yang bertauliah, untuk bantu menguruskannya.

Apakah tugas Wasi?
  1. Mendapatkan Surat Kuasa/Probet
  2. Mengenal pasti harta-harta dan hutang yang ditinggalkan
  3. Mendapatkan Sijil Faraid
  4. Melangsaikan Hutang simati
  5. Membahagikan harta pusaka simati
Jadi, pemilik harta perlulah kenalpasti, dalam kalangan keluarganya, siapakah yang layak untuk ambil tanggungjawab ini. Jika tiada, adalah lebih baik appoint syarikat amanah untuk bantu uruskan harta.

Di bawah adalah perbezaan laluan yang perlu dihadapi oleh waris yang dilantik wasi atau syarikat amanah, dalam menyelesaikan hal pusaka seseorang:
Wasi yang dilantik akan menghadapi laluan yang lebih pendek jika pemilik sudah membuat wasiat, berbanding yang tiada wasiat atau wasiat tidak lengkap.

Pengagihan Selepas laluan di atas dapat diselesaikan, barulah sampai ke langkah seterusnya iaitu pengagihan harta pemilik kepada waris-waris yang layak. ia juga akan menurut hasrat pemilik sama ada pengagihan mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh pemilik, pengagihan sama-rata, atau mengikut pembahagian Faraid.

Jika ada waris yang menentang tentang pengagihan itu, hanya bahagian yang menentang sahaja akan dinasihatkan mengikut secara pembahagian Faraid. Manakala, yang bersetuju, pengagihan adalah mengikut ketetapan pemilik atau sama-rata.
Anda nak tahu lebih lanjut berkenaan wasiat, dokumen apa diperlukan dan kos-kos yang terlibat?

Isikan maklumat di bawah ini untuk kami hubungi anda

Please enable JavaScript in your browser to complete this form.
Share to:
Anda Agent / IEP?
>> Tekan sini! <<
error: Content is protected !!