Di bawah Peraturan 21, Peraturan Imigresen, adalah diwajibkan untuk menyediakan jaminan dalam bentuk deposit keselamatan untuk pengupahan pekerja asing (tidak termasuk Pembantu Rumah Domestik)
Jaminan ini adalah untuk menampung perbelanjaaan penghantaran pulang pekerja yang mungkin diarahkan untuk balik ke negara asal semasa bekerja di Malaysia atas arahan pihak berkuasa
Antara sebabnya: - Pelanggaran Akta Imigresen - Pekerja terlibat dengan aktiviti yang haram dan menyalahi undang-undang seperti dadah, kerja-kerja yang tidak bermoral dan lain-lain - Syarikat anda dibubarkan dan tidak dapat menyediakan penghantaran pulang pekerja
Pelan ini membantu majikan mengurangkan beban kewangan sekiranya pekerja asing dimasukkan ke hospital akibat kemalangan atau penyakit ke Hospital Kerajaan Malaysia bukan korporat (non-corporatised Malaysian GH
Pekerja asing sepenuh masa yang bekerja dengan pemilik sijil, secara sah
Had umur: 18 - 60 tahun
Had tahunan sehingga RM20,000
Had bilik dan makanan sehingga RM160/hari
Termasuk perlindungan di ICU sehingga 15 hari
Tempoh perlindungan: 1 tahun
Pemeriksaan kesihatan mungkin tidak diperlukan, jika telah lulus pemeriksaan perubatan yang diselia oleh FOMEMA