Sudah menjadi trending ketika ini tentang old money dan komunitinya. Jika difahamkan dari
segi definisi, old money adalah tentang generasi terkini yang mewarisi kekayaan dari generasi-generasi
sebelumnya. Atau, mungkin lebih tepat, mereka yang ‘lahir atas dulang emas’. Beruntung dan tumpang gembira
kepada mereka yang dalam golongan ini.
Tetapi, janganlah kita sedih atau berasa iri hati dengan mereka ini, jika kita tidak dilahirkan dalam
keluarga yang sudah sedia kaya-raya. Sebaliknya, jadikan ia sebagai satu pencetus untuk kita juga
wujudkan definisi old money dalam keluarga kita sendiri.
Tolak tepi golongan sultan, raja dan keturunannya. Generasi old money yang wujud pada hari ini, dari
golongan rakyat biasa, pastinya adalah hasil kerja keras daripada generasi-generasi sebelum mereka
dalam membina empayar kekayaan dan harta-benda, sehingga ia boleh diwarisi dan dikekalkan kepada generasi-generasi
selepas mereka.
Kita juga boleh buat begitu!
Kita boleh cipta New Money pada hari ini, supaya ia boleh diwarisi dan menjadi old money
kepada generasi selepas kita. Ingat! Tiada old money, tanpa new money.
Berkata mungkin mudah, tetapi ia tidaklah susah untuk mencapainya!
Dan, definisi kaya untuk setiap orang juga tidak sama. Ada orang, dapat RM100,000 pun dah terasa sangat kaya dan ada
juga yang dapat RM100 Juta pun masih belum berasa kaya. Jadi, definisi kaya itu adalah subjektif!
Salah satu cara untuk kita cipta new money adalah dengan cara mencarum dalam pelan perlindungan takaful nyawa,
atau lebih popular dengan istilah Hibah Takaful.
Anda mencarum hari ini, sejumlah pampasan takaful sudah tersedia, contohnya nilai RM1 Juta, sebaik sahaja
permohonan anda diluluskan dan cover untuk kematian.
Nilai RM1 Juta ini sudah tersedia untuk anda dan menjadi new money kepada anda, walaupun anda belum betul-betul
memilikinya (iaitu selepas kematian).
Sekiranya berlaku kematian, RM1 Juta duit tunai pampasan takaful ini akan diberikan kepada penama yang telah anda
namakan dalam sijil takaful anda.
Contohnya, anda adalah suami dan sebagai pencarum. Anda letak nama isteri sebagai penama. RM1 Juta tunai itu akan diberikan
kepada isteri, selepas kematian. Dan, ia menjadi old money kepada isteri dan anak-anak anda, kerana duit itu
sudah dapat diwariskan kepada mereka. Dengan adanya duit itu, mereka boleh meneruskan kehidupan seperti sedia kala dan
menikmati kesenangan seperti anda masih ada.
Di bawah adalah contoh quotation hibah takaful:
Isikan maklumat di bawah untuk dapatkan sebutharga/ quotation pelan perlindungan takaful. Salah seorang agent kami akan hubungi anda dalam masa terdekat.
"*" indicates required fields