Dana Segera Perubatan
Apabila anda mencarum dalam pelan medical card / kad perubatan, anda sebenarnya sudah disediakan sejumlah dana perubatan yang boleh anda guna ketika sakit atau kemalangan dan memerlukan rawatan hospital, suatu hari nanti.
Ia mungkin berjumlah RM100,000, RM200,000 mahupun melebihi RM1 Juta, cover setiap tahun (sila semak had claim dalam pelan anda). Cuma, dana ini ada tempoh tertentu sebelum boleh ia digunakan. Ia bagi memastikan hanya orang-orang yang sihat dan tiada sejarah penyakit sahaja, pada ketika mula mencarum, boleh menikmati kemudahan ini. Jadi, adalah dinasihatkan untuk anda mohon seawalnya, ketika masih sihat walafiat.
Akses Kepada Jaringan Hospital Panel
Dengan mencarum dalam pelan medical card, anda bukan sahaja disediakan sejumlah dana perubatan, tetapi juga akses kepada jaringan hospital swasta yang menjadi panel kepada syarikat insurans/takaful anda. Ia akan memudahkan anda mendapatkan rawatan hospital dengan lebih pantas, paling dekat dan pembayaran deposit yang lebih rendah (berbanding dengan orang yang tiada medical card), ketika diperlukan.
Had Claim Medical Card dari Majikan Adalah Rendah & Terhad
Jika majikan anda ada menyediakan kemudahan medical card kepada para pekerjanya, tahniah! Anda sangat beruntung. Tetapi, pernahkah anda semak berapa had claim untuk medical card itu?
Kebiasaannya, had claim yang disediakan adalah rendah sahaja dan ia berbeza-beza mengikut pangkat. Mungkin setahun hadnya hanya RM5,000 – RM30,000 sahaja (sila semak dari majikan anda) dan ia terhad ketika selama anda bekerja di situ. Jika sudah bersara atau berpindah ke majikan lain, tiada lagi kemudahan itu.
Kos Rawatan & Ubat-ubatan Yang Sentiasa Meningkat
Kita perlu terima hakikat bahawa kos rawatan hospital dan ubat-ubatan yang diberikan sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Pada hari ini, kos rawatan untuk demam virus mungkin adalah sekitar RM5,000 selama 3 hari di hospital swasta, tetapi tahun-tahun akan datang tak mustahil kosnya boleh meningkat kepada RM6,000 atau lebih tinggi, akibat kenaikan harga ubat-ubatan, caj doktor, sewaan alatan dan mesin digunakan dan lain-lain lagi.
Galakan dari Kerajaan melalui Pengecualian Cukai Pendapatan
Kita beruntung kerana kerajaan menggalakkan kita mencarum dalam pelan medical card dengan cara mengecualikan tanggungan cukai pendapatan sehingga RM3,000 setiap tahun. Walaupun jumlah ini tidaklah tinggi dan mungkin tak dapat tanggung keseluruhan ahli keluarga kita, namun sekurang-kurangnya, ia merendahkan tanggungan cukai pendapatan kita. Secara tak langsung juga, ia mengurangkan juga kebergantungan kita kepada hanya satu pilihan hospital sahaja iaitu hospital kerajaan dan juga mengurangkan kesesakan di hospital tersebut.
Borang Sebutharga Takaful!
Salah satu dari syarikat takaful di bawah akan disyorkan kepada anda!