Lelaki Ini Telah Dibayar Keseluruhan Bil Hospital dan Diberi Gaji Gantian RM25,000 Tetapi Redha Terlepas Tambahan RM22,400

Ini adalah kisah benar yang dikongsikan oleh client, yang telah merasai sendiri the true meaning of income replacement plan. Client ini telah memohon manfaat medical card dan hospital income.

MANFAAT 1: MEDICAL CARD

Dipendekkan cerita, beliau kemalangan, tergelincir dari tangga yang agak curam ketika berada dalam kawasan tempat kerja. Semasa terjatuh, lutut kirinya terhentak kuat dan mengenai bucu tangga serta kaki kirinya tersepit sehingga menyebabkan beliau berasa sangat sakit dan tidak mampu nak bangun berdiri sendiri. Beliau meminta bantuan rakan-rakan sekerja untuk bantu bangun dan kemudiannya menghantar ke hospital untuk rawatan lanjut, akibat rasa sakit yang teramat sangat.

Doktor mencadangkan beliau untuk warded dan menerima rawatan di hospital dan beberapa siri scanning termasuk x-ray dilakukan bagi mengetahui keadaan sebenar lutut dan kaki kiri beliau.

Beliau telah warded selama 14 hari di hospital dan bil rawatan hampir RM53,000, dibayar sepenuhnya oleh pihak insurans melalui manfaat medical card.

Medical card beliau adalah dari company AIA. Rujuk di bawah, salinan bil hospital beliau untuk 1st Admission.

Bil hospital 1st admission ditanggung AIA
(Bil hospital 1st admission, dibayar oleh AIA)

Selang beberapa hari selepas discharge, sakit itu berulang dan beliau terpaksa diwadkan untuk kali kedua untuk selama 11 hari lagi. Bil rawatan yang kedua adalah hampir RM33,000. Rujuk salinan bil hospital di bawah untuk 2nd admission.

Bil hospital 2nd admission ditanggung AIA
(Bil hospital 2nd admission, dibayar oleh AIA)

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kos rawatan hospital yang ditanggung adalah hampir RM86,000. Medical card betul-betul sangat membantu dalam meringankan tanggungan bil hospital ketika warded akibat sakit atau kemalangan.



MANFAAT 2: ELAUN HOSPITAL

Beliau juga ada ambil manfaat elaun hospital sebanyak RM500/hari dari company Takaful Ikhlas dan RM500/hari lagi dari company Hong Leong MSIG Takaful, menjadikan jumlah keseluruhan elaun hospital beliau adalah RM1,000/hari.

Manfaat elaun hospital boleh anda mohon dari RM50/hari sehingga maksima RM2,300/hari. Fungsi elaun hospital ini adalah, ia membayar, mengikut jumlah yang anda ambil, didarabkan dengan bilangan hari anda warded di hospital, sama ada sebab sakit atau kemalangan.

Manfaat ini sangat bagus dan boleh menjadi pengganti gaji, terutamanya kepada anda yang mungkin bergaji harian. Ada kerja, ada gaji. Tak kerja sebab warded akibat sakit/ kemalangan, maka akan tiada gaji. Jadi, manfaat ini boleh bantu anda tampung gaji yang mungkin tiada ketika sedang warded.

Pada 1st admission, beliau telah warded selama 14 hari dan melayakkan beliau untuk menerima sebanyak RM13,500 tunai dari pihak takaful. Rujuk di bawah claim yang telah diluluskan:
Elaun hospital untuk 1st admission
(Elaun hospital untuk 1st admission, dibayar oleh TI)

Elaun hospital untuk 2nd admission
(Elaun hospital untuk 1st admission, dibayar oleh HLMT)

Di bawah ini pula adalah claim elaun hospital untuk 2nd admission selama 11 hari, dengan jumlah RM11,500:
Elaun hospital untuk 2nd admission
(Elaun hospital untuk 2nd admission, dibayar oleh TI)

Elaun hospital untuk 2nd admission
(Elaun hospital untuk 2nd admission, dibayar oleh HLMT)

Ini menjadikan jumlah keseluruhan elaun hospital yang diterima beliau adalah sebanyak RM25,000 dari pihak takaful. Beliau sangat bersyukur kerana sedikit sebanyak dapat membantu beliau meringankan kehilangan gaji beberapa hari akibat tak dapat bekerja ketika warded di hospital.



MANFAAT 3: ELAUN MC UNTUK KEMALANGAN

Ada 1 lagi elaun yang boleh anda dapatkan iaitu, elaun mc untuk kemalangan. Elaun ini akan dibayar kepada anda, sekiranya anda menerima cuti sakit (medical certificate, mc) dari doktor yang bertauliah, akibat kemalangan dan doktor mengesahkan anda tidak fit untuk bekerja, selama tempoh beberapa hari/ minggu.

Jumlah elaun yang boleh dimohon adalah dari RM100/minggu sehingga maksima RM5,180/minggu. Ya, kiraannya adalah mengikut bilangan minggu anda ‘dicutikan’, berbeza dengan elaun hospital yang dikira mengikut hari anda warded.

Berbalik semula kepada client tersebut, beberapa hari sebelum kemalangan jatuh tangga itu, beliau ada minta quotation untuk elaun mc ini. Beliau bercadang nak memohon sebanyak RM2,800/minggu. Quotation berserta caruman bayaran juga sudah diberikan, tetapi belum memohon kerana beliau mahu fikir dulu, atas tambahan budget yang perlu disediakan.

Malang tidak berbau, selang beberapa hari selepas itu, beliau pun kemalangan jatuh tangga dan tak sempat untuk mohon elaun mc. Ini kerana, selepas beliau discharge dari 1st admission dan 2nd admission, doktor telah memberikan beliau cuti sakit, secara berperingkat-peringkat, kerana tak fit untuk bekerja, sehingga 8 minggu keseluruhannya.

Jika beliau sempat memohon elaun mc ini, beliau boleh dapat tambahan elaun tunai sebanyak RM22,400 iaitu RM2,800/minggu x 8 minggu. Boleh tampung beberapa bulan gaji beliau. Terasa sangat ralat tak push beliau untuk terus memohon manfaat ini dan beliau juga menyesal tentang perkara ini.

Dapat disimpulkan di sini, takaful sememangnya dapat membantu meringankan beban kewangan pencarum, ketika ditimpa musibah akibat sakit atau kemalangan. Dan, dari kisah benar client di atas, beliau merasai sendiri the true meaning of income replacement plan, di mana:
  1. Sakit dari kemalangan, kembali sembuh
  2. Bil rawatan hospital dibayar oleh syarikat insurans/takaful
  3. Selepas discharge dari hospital, dapat pula duit tunai melalui hospital income, mengikut bilangan hari warded
  4. Jika doktor berikan cuti sakit akibat kemalangan, dapat pula tambahan duit tunai, melaui manfaat elaun mc untuk kemalangan, mengikut bilangan hari/minggu anda ‘dicutikan’ oleh doktor, kerana tak fit untuk bekerja

INDAHKAN BILA KITA FAHAM FUNGSI TAKAFUL?!

Jika anda nak dapatkan quotation caruman bayaran bagi manfaat-manfaat ini, isikan borang di bawah selengkapnya. Salah seorang agent akan menghubungi anda dalam masa terdekat dan beberapa company takaful akan disyorkan mengikut jumlah elaun yang diperlukan.
Medical Card sebahagian company takaful
Salah satu atau kombinasi dari syarikat takaful di bawah akan disyorkan kepada anda, mengikut kesesuaian!
Anda agent takaful?
>> Tekan sini! <<
Share to:
© trustedagent.com.my
error: Content is protected !!