Anda Agent Takaful & Islamic Estate Planner (IEP)?

Jika anda adalah agent-agent mewakili company di atas ini, kami ingin berkongsi platform dan menjemput anda untuk daftar nama masuk listing directory bagi company yang anda wakili di kawasan anda sendiri, ke dalam website trustedagent.com.my ini.   Kawasan adalah berdasarkan nama parlimen di setiap negeri, seluruh Malaysia untuk 2 kategori ini (mana-mana yang releven dengan anda): Buat masa ini, 2 kategori ini ada high demand dan diperlukan ramai lagi, seluruh Malaysia.   Tujuan utama listing directory ini dibuat adalah untuk mengumpulkan seramai mungkin agent-agent jualan pelbagai company dari pelbagai bidang kategori dan kepakaran supaya mudah menjadi tempat rujukan bakal-bakal pelanggan di setiap kawasan parlimen seluruh Malaysia.   Selain itu juga, apabila bersama di bawah laman web yang sama, kos pengiklanan juga dapat dikurangkan sehingga menjadi mampu milik.   Ya, perlu terima hakikat, berada dalam bidang jualan memang tak boleh lari dari pengiklanan. Kita sentiasa perlu, walau apa cara sekalipun, iklankan business kita untuk sentiasa mendapat jualan.

Iklan Sedang Run

Ada 2 iklan sedang run ketika ini di FB. 1 iklan untuk personal/family takaful dan 1 lagi untuk estate planning. Di bawah adalah gambar iklan tersebut.
Iklan ini akan sentiasa bertukar, mengikut kesesuaian dan respon bakal pelanggan. Kebiasaannya, kami akan memilih topik yang agak catchy, penceritaan, tips-tips atau panduan, sebagai copywriting iklan untuk menarik minat pembaca atau bakal pelanggan ambil tahu dan mengunjungi website.

Di atas hanya gambar dan link tidak disediakan kerana kami sudah adjust setting supaya agent dikecualikan untuk mencari potensi bakal pelanggan. Tetapi, jika anda mahu tinjau-tinjau, boleh search sendiri ya 😄.

Format Nama Anda:

Nama anda akan dimasukkan dalam format berikut:
  Kategori: Personal Takaful Lokasi: Ampang
AHMAD ALBAB BIN RAMLI [ AIA Public Takaful ]   |    |  
SITI ROHANI BINTI MD ZIN [ Prudential BSN Takaful ]   |    |  
NUR NILAM SARI BINTI SERATUS [ Great Eastern Takaful ]   |    |  
Panduan: = Whatsapp | = Call | = Website/Online Store/linktree  
Nama anda juga akan dimasukkan ke dalam borang quotation. Jika bakal pelanggan mengisi borang ini dan memilih anda sebagai agent di lokasi pilihan, anda akan menerima notifikasi email secara real-time dan terkandung semua maklumat bakal pelanggan yang telah diisi dan dihantar itu.   Maklumat-maklumat itu hanya akan dihantar kepada anda sahaja. Tiada duplikasi maklumat dihantar kepada agent lain, melainkan bakal pelanggan mengisi dan menghantar borang tersebut berkali-kali pada agent yang berlainan.   Kemudian, menjadi tanggungjawab anda untuk menghubungi bakal pelanggan tersebut. Kami nasihatkan jangan bertangguh. Segera hubungi bila menerimanya. Contoh:

Apa Jaminan Akan Dapat Prospek / Contact Number?

Minta maaf! Tiada jaminan bahawa apabila join listing ini, anda akan dapat contact numbers atau bakal pelanggan, dan seterusnya jualan.   Ini hanyalah sebagai salah satu usaha atau sebuah perjalanan untuk mendapatkan jualan sahaja dan kita bergerak secara ‘berjemaah’ atau berkumpulan dalam 1 website yang sama (trustedagent.com.my).   Jika anda rasakan ini adalah satu peluang, isikan borang di bawah dan buat pembayaran hari ini. Nama anda akan dimasukkan ke dalam listing dalam masa 4 jam selepas daftar.

Pakej Langganan

Pakej A

RM 30 Bulanan
  • 1 Kategori sahaja
  • Percuma 2 lokasi parlimen
  • Hanya nama agent

Tambahan

RM 10 Bulanan
  • Tambahan setiap lokasi parlimen
  1. Kami di DBS Advisory (JM0972357-A) menyediakan platform bagi mengumpulkan seramai mungkin agent-agent jualan dari pelbagai company dan bidang kepakaran di bawah 1 laman web beralamat trustedagent.com.my dan diasingkan mengikut kategori dan kawasan parlimen seluruh Malaysia.

  2. Tujuannya adalah untuk membantu agent-agent jualan pelbagai company ‘menguasai’ kawasan sendiri atau kawasan-kawasan yang dikehendaki supaya menjadi rujukan untuk bakal-bakal pelanggan mencari agent-agent yang berdekatan dengan kawasan mereka.

  3. Kami hanya membenarkan agent-agent yang masih aktif mendaftar ke dalam listing directory ini, iaitu agent-agent yang mempunyai kod agent yang sah untuk company diwakilinya. Tujuannya supaya bakal pelanggan hanya berurusan dengan agent yang sah dan dipercayai (trusted) dan secara tak langsung mengelakkan penipuan dari berlaku.

  4. Sedikit bayaran dikenakan oleh para agent serendah RM1 per hari (dibayar secara bulanan RM30) untuk 1 kategori dan percuma 2 kawasan parlimen.

  5. Sebahagian besar duit yang dibayar itu akan dikumpulkan dan digunakan semula untuk sama-sama support kos pengiklanan di media sosial atau Google, supaya lebih ramai pengunjung ke laman web ini yang berpotensi menjadi bakal pelanggan kepada agent-agent dalam laman web ini. Baki sebahagian kecil pula digunakan untuk tampung kos operasi, server dan pelbagai cukai.

  6. Bayaran ini juga adalah salah satu indicator kami untuk memantau hanya agent yang aktif dan sah sahaja kekal dalam listing directory ini kerana kami berpendapat, hanya mereka yang aktif sahaja akan membenarkan duitnya dipotong untuk pembayaran setiap bulan.

  7. Harus diingat, kami TIDAK menjanjikan anda, iaitu para agent akan mendapat jualan dari website ini. Tiada jaminan bahawa RM30 bulanan yang dibayar akan menjadi negatif RM30 (rugi) atau RM3,000 keuntungan dari jualan. Kami hanya membantu lebih ramai orang mengunjungi website ini dan peluang setiap orang adalah sama
  1. Anda, sebagai para agent yang mendaftar masuk ke dalam listing directory ini hanya perlu ‘jaga’ pembayaran setiap bulan. Pastikan kad debit / kad kredit ada reserve cash untuk ditolak apabila tiba waktu pembayaran.

  2. Apabila anda menerima panggilan atau mesej whatsapp dari bakal pelanggan, berikan layanan segera, suapkan maklumat yang mereka perlu tahu dan seterusnya convert kepada jualan

  3. Cara bagaimana anda mahu promosi dan seterusnya convert kepada jualan, itu adalah bergantung kepada kreativiti anda sendiri

  4. Dari semasa ke semasa, kami akan menghubungi anda secara rawak untuk bertanyakan sekiranya anda mendapat manfaat dari platform yang kami sediakan dan sebagai panduan untuk kami perkuatkan lagi bahagian-bahagian yang perform atau perbaiki mana-mana bahagian yang kekurangan

  5. Kami juga memohon bantuan anda yang sudah mendaftar, supaya mewar-warkan tentang website ini kepada rakan-rakan agent anda supaya mereka turut mendaftar mengikut kawasan mereka masing-masing supaya lebih ramai tahu mengenainya

Borang Daftar Listing Agent Directory

Please enable JavaScript in your browser to complete this form.
Share to:
error: Content is protected !!