Kanser & Sakit Kritikal  

Apakah yang dimaksudkan dengan Perlindungan Kanser & Sakit Kritikal?
Pelan perlindungan ini memberi manfaat bayaran pampasan sekaligus sekiranya anda didiagnos menghidapi salah satu daripada penyakit-penyakit kritikal, termasuk kanser yang dilindungi.

Sekiranya menghidapi penyakit kritikal, rawatan khas dan pemulihan jangka panjang mungkin diperlukan. Namun, jangan biarkan beban kewangan menjadi penghalang.

Adakah saya memerlukan perlindungan penyakit kritikal?
Semua orang mengidamkan masa depan yang sempurna – keluarga bahagia, kerjaya dan status kewangan yang stabil dan kesihatan yang baik. Malangnya, bukan semuanya indah.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, 16,235 mangsa yang merangkumi 15% kematian yang disahkan secara perubatan pada tahun 2019 adalah disebabkan oleh penyakit jantung, menjadikannya penyebab kematian nombor satu di Malaysia.

Jadi, ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan ya, kita perlu ada pelan perlindungan penyakit kritikal ini. Perlu sediakan back up kerana lebih banyak wang akan diperlukan jika menghidapinya

Siapa perlu memohon pelan ini?
  1. Ketika anda berusia 20-an dan sihat
    Walau bagaimana klise dan bosan sekalipun, kita semua tahu peraturannya di sini. Semakin muda dan sihat, semakin murahlah caruman pelan anda. Mengapa tidak memanfaatkan usia muda anda dengan melindungi diri daripada penyakit kritikal yang mengerikan dan menyelamatkan diri daripada krisis kewangan sekiranya anda menderita penyakit tersebut.

    Statistik juga telah mencatat peningkatan jumlah diagnosis kanser di kalangan orang dewasa yang lebih muda. Lebih baik sediakan payung sebelum hujan, bukan?

  2. Sejarah Penyakit Keluarga
    Jika keluarga anda mempunyai sejarah pernah menghidapi mana-mana penyakit kritikal atau kanser, penyakit tersebut berpotensi untuk diwarisi. Di dalam borang permohonan takaful juga ada soalan berkenaan ini. Perlu jujur tentang perkara ini dan kebiasaannya pihak takaful akan rated-up sedikit caruman bayaran anda.

    Jadi, berdasarkan sejarah keluarga ini, mohonlah segera sebelum ia berlaku kepada anda pula.

  3. Kanser menyerang tak kira jantina dan usia
    Ia termasuk kanak-kanak. Di Malaysia, penyakit kanser di kalangan kanak-kanak adalah sekitar 77.4 per juta kanak-kanak berumur kurang daripada 15 tahun dengan kanser yang paling biasa adalah leukemia, limfoma dan barah otak /sistem saraf.

    Walaupun jumlah kes meningkat saban tahun, kadar penyembuhan untuk kanak-kanak jauh lebih tinggi daripada kebanyakan kanser dewasa kerana kemajuan dalam rawatannya. Walau bagaimanapun, kebanyakan kos rawatan kanser sangat tinggi dan pastinya memberi kesan kepada anda, sebagai ibu bapa, dari segi kewangan.

    Adalah lebih baik jika memohon pelan perlindungan takaful untuk anak sejak mereka masih dalam kandungan ibu lagi. Ada beberapa company takaful yang menyediakan pelan seperti ini. Boleh bertanyakan agent-agent yang berada berdekatan dengan anda.

Perkara yang perlu anda ambil tahu sebelum mencarum pelan perlindungan penyakit kritikal & kanser
  1. Jumlah penyakit kritikal dan kanser yang dilindungi
    Setiap company takaful melindungi jenis-jenis penyakit kritikal dan kanser dengan jumlah yang berbeza-beza. Walaupun secara standard adalah 36 jenis, panduan dari BNM, tetapi kebanyakan company takaful melindungi lebih dari jumlah itu, mengambil kira sekali tahap awal dan pertengahan beberapa penyakit termasuk kanser. Boleh rujuk pada agent senarai jenis-jenis penyakit yang dilindungi.

  2. Tempoh kelangsungan hidup
    Pelan perlindungan penyakit kritikal didatangkan dengan tempoh kelangsungan hidup untuk beberapa hari, kebiasaannya 180 hari, yang bermaksud bahawa Orang Yang Dilindungi harus kekal hidup dalam tempoh tersebut setelah didiagnos dengan penyakit kritikal, sebelum dibolehkan mendapat bayaran pampasan takaful. Ketetapan ini juga adalah berbeza-beza mengikut company

  3. Tempoh menunggu sebelum dibenarkan buat tuntutan
    Sepertimana namanya, tempoh menunggu bermaksud Orang Yang Dilindungi hanya akan dibenarkan membuat tuntutan setelah melepasi tempoh ini dan haruslah bukan dari sakit sedia ada, iaitu sebelum memohon perlindungan takaful. Ia boleh sependek 30 hari sehingga setahun. Kemudian, barulah tempoh kelangsungan hidup (point #2) pula bermula

  4. Penyakit sedia ada
    Penyakit sedia ada yang wujud sebelum memohon perlindungan takaful, memang tidak cover. Tetapi, ada beberapa company takaful boleh memberikan perlindungan termasuk penyakit sedia ada ini, dengan bayaran caruman yang lebih tinggi. Itu adalah lebih baik dari tidak cover langsung.

Untuk penerangan lebih lanjut dan sebutharga caruman bayaran, boleh hubungi agent yang berdekatan dengan anda hari ini.

Borang Sebutharga Takaful!

Isikan maklumat di bawah ini untuk dapatkan info penuh berserta sebutharga caruman bayaran bagi pelan perlindungan takaful yang diperlukan.

Please enable JavaScript in your browser to complete this form.
Jenis Perlindungan Takaful:
(Pilih satu atau lebih jenis perlindungan)
Salah satu dari syarikat takaful di bawah akan disyorkan kepada anda!
Share to:
Anda Agent Takaful?
>> Tekan sini! <<
error: Content is protected !!