5 Sebab Kenapa Anda Perlu Ada Pelan Perlindungan Hibah Takaful
Bantu Bayar Kos Pengurusan Pengebumian
Apabila berlaku kematian, kos pertama yang perlu ditanggung oleh waris anda adalah perbelanjaan untuk urusan pengebumian. Ia mungkin berjumlah antara RM500 – RM2,000 bergantung kepada lokasi.
Ada pelan Hibah Takaful yang menyediakan kos ini. Ia lebih dikenali dengan nama Khairat Kematian. Kebiasaannya, ia adalah kerjasama dengan pihak ketiga iaitu syarikat Perkhidmatan Pengebumian (contoh: MyAngkasa Mukmin). Duit tunai khairat kematian ini akan diserahkan kepada syarikat ini untuk jalankan urusan pengebumian. Tetapi, jika waris tidak menggunakan perkhidmatan ini, duit tunai itu akan diserahkan bersama dengan duit hibah takaful yang akan diterima oleh waris anda
Bantu Bayar Fidyah, Sewa Rumah dan Perbelanjaan Bulanan Keluarga
Ini antara perkara tunai yang perlu dijelaskan segera. Bayaran fidyah jika ada puasa wajib yang masih belum diganti. Bayaran sewa rumah terkini atau tunggakan kerana ia melibatkan hak orang lain, iaitu pemilik rumah manakala keluarga yang ditinggalkan pula, ada perbelanjaan bulanan yang perlu ditanggung
Bantu Bayar Hutang, Cukai & Zakat
Hutang adalah wajib dilunaskan, walaupun selepas kematian. Waris perlu ambil tahu hutang apa yang perlu dibayar, contohnya hutang kereta, rumah, pinjaman peribadi, kad kredit dan sebagainya. Jika hutang ini ada perlindungan insurans/takaful, berapa jumlah yang boleh dituntut dan dijelaskan. Jika tak mencukupi, berapa pula tambahan yang perlu ditanggung oleh waris? Cukai pendapatan atau zakat juga perlu diuruskan dan dilunaskan
Badal Haji
Ibadah rukun yang perlu dilunaskan, sekiranya masih belum dilakukan. Jika upah orang untuk melakukannya, kos adalah antara RM2,000 – RM5,000
Bantu Bayar Kos Pentadbiran Harta Pusaka
Segala harta atas nama kita, akan bertukar menjadi pusaka selepas kematian. Harta-harta itu perlu dipindah-milik kepada pemilik yang baru. Kos untuk tukar hakmilik ini adalah sehingga 4% dari nilai keseluruhan harta kita, tidak termasuk kos-kos sampingan yang diperlukan dalam proses untuk tuntutan itu. Ia tidak murah. Jika kita tidak bekalkan sejumlah duit tunai kepada waris kita, maka harta itu akan terus terbeku dan tidak boleh dituntut. Ia akan merugikan waris anda
Jadi, salah satu cara untuk sediakan duit tunai kepada waris supaya boleh bantu bayar kos-kos di atas ini adalah dengan cara kita mencarum dalam pelan perlindungan Hibah Takaful.
Pencarum meletakkan sesuatu nilai ke atas nyawa dirinya, kebiasaannya 60 – 120 kali gaji tahunan, dengan bayaran caruman bulanan sebanyak RM______ /month.
Sebagai contoh, Rizal bergaji RM5,000 setiap bulan dan hibah takaful yang diambil adalah 120 kali gajinya, iaitu RM600,000 dengan bayaran caruman sebanyak RM150/month. Rizal juga meletakkan nama isteri, Aafiyah, sebagai pewaris yang akan menerima duit hibah takaful itu suatu hari nanti, secara Hibah (disebut penerima Hibah).
Apabila Rizal meninggal dunia, pihak takaful akan memberikan duit tunai RM600,000 itu kepada penerima Hibah, iaitu isterinya. Duit tunai ini adalah 100% hak milik isteri tanpa perlu dibahagi-bahagikan kepada waris-waris lain secara kaedah pembahagian Faraid. Jadi, bolehlah isteri menguruskan beberapa perkara di atas tanpa berlengah masa.
Borang Sebutharga Takaful!
Salah satu dari syarikat takaful di bawah akan disyorkan kepada anda!