Hibah bermaksud hadiah. Maka, hibah harta pula, bermaksud menghadiahkan sesuatu harta kepada sesiapa yang dikehendaki oleh pemilik harta tersebut.
Tujuannya adalah untuk menjamin hak benefisiari (boleh jadi waris atau sesiapa sahaja) yang dipilih oleh penghibah dengan cara pemberian hak mutlak (100%) kepada benefisiari tersebut.
Ini antara aset yang boleh dihibahkan:
Hibah hartanah bercagar
Hibah hartanah bebas cagaran
Hibah harta alih dan tunai
Hibah saham bursa
hibah saham perniagaan
Penghibah atau pemilik aset menyatakan bahawa beliau memberi aset tersebut kepada benefisiari dan beliau memegang aset tersebut untuk kepentingan benefisiari.
Ia adalah dokumen bertulis yang mengandungi syarat dan terma penghibah memegang aset tersebut serta pemberian kepada benefisiari.
Kelebihan membuat Hibah Harta:
aset yang dihibahkan tidak dianggap sebagai harta pusaka penghibah. Oleh itu ianya terkeluar dari undang-undang pembahagian Faraid dan juga sesuai jika buat pembahagian sama rata untuk anak-anak
penghibah mempunyai kuasa untuk membatalkan hibah
penghibah boleh memastikan benefisiari terpelihara ketika beliau dalam keadaan tidak berupaya dan bukan hanya apabila beliau meninggal dunia
penghibah masih boleh menerima manfaat aset yang telah dihibahkan dan juga boleh melantik seseorang untuk menjadi penjaga hak benefisiari yang belum dewasa
Anda nak tahu bagaimana ia dilaksanakan, dokumen apa diperlukan dan berapa kos yang perlu ditanggung?