Harta Sepencarian bermaksud harta yang diperolehi oleh suami dan isteri bersama-sama sepanjang perkahwinan yang sah di msana kedua-dua pihak memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung terhadap perolehan harta tersebut.
Harta sepencarian termasuklah harta alih seperti wang ringgit, kereta, saham dan sebagainya dan harta tak alih iaitu sebarang bentuk hartanah dan rumah atau apa-apa aset dan modal yang dihasilkan atas perkongsian bersama dalam tempoh perkahwinan.
Undang-Undang dan Mahkamah Syariah di Malaysia mengiktiraf sumbangan isteri keatas perolehan harta sepencarian samada sumbangan secara langsung berbentuk wang ringgit atau sumbangan kasih sayang isteri kepada suami serta anak-anak mereka, penat lelah dalam menjaga dan menguruskan kehidupan keluarganya dan pengorbanan juga dianggap sebagai sumbangan secara tidak langsung daripada pihak isteri dalam harta sepencarian.
Harta sepencarian boleh dituntut dalam 3 keadaan iaitu:
poligami
bercerai
kematian
Hanya suami yang perlu buat dokumen Harta Sepencarian ini dan tujuan asalnya adalah melindungi hak isteri-isteri supaya suami sentiasa bersikap adil dan mengelakkan perebutan atau pertikaian yang mungkin boleh berlaku di kemudian hari.
Untuk penerangan yang lebih jelas dan terperinci, boleh berjumpa dengan agent yang berdekatan dengan anda tentang bagaimana ia boleh dilaksanakan, dokumen-dokumen diperlukan dan kos-kos yang terlibat
Ada Pertanyaan atau Perbincangan?
Isikan borang di bawah untuk kami hubungi anda