GTT bermaksud Group Term Takaful GHS pula bermaksud Group Hospitalisation & Surgical
Kedua-dua ini adalah manfaat pekerja yang seharusnya majikan sediakan untuk pekerja-pekerja mereka.
GTT memberikan perlindungan untuk pekerja dari segi pampasan nyawa iaitu pampasan kematian dan/atau pampasan sakit kritikal.
GHS pula memberikan perlindungan untuk pekerja dari segi tanggungan kos rawatan hospital dan/atau rawatan klinik.
Di bawah adalah antara 3 sebab kenapa majikan perlu sediakan pelan perlindungan ini:
Hargai Pekerja Sedia Ada
Jika anda seorang majikan, salah satu cara untuk menghargai pekerja anda adalah dengan menyediakan pelan perlindungan takaful untuk mereka, supaya mereka lebih rasa secure dan dihargai sepanjang bekerja bersama anda. Secara tak langsung, ia akan membuatkan pekerja anda setia dan bekerja lebih lama bersama anda.
Jika pekerja berhenti dan sesuatu jawatan itu dikosongkan, kadangkala untuk mencari pengganti itu adalah sangat sukar dan memakan masa yang panjang. Sedikit sebanyak ia akan mengganggu kelancaran operasi syarikat anda. Sementara pekerja masih ada, hargai mereka dengan berikan pelan perlindungan takaful buat mereka.
Kurangkan Tanggungan Majikan Apabila Pekerja Sakit
Kita tak boleh beranggapan bahawa seseorang pekerja itu akan sentiasa sihat dan sentiasa hadir untuk bekerja. Akan ada ketika di mana pekerja jatuh sakit atau kemalangan. Pada waktu itu, dengan adanya pelan perlindungan yang disediakan, sedikit sebanyak ia boleh bantu pekerja itu mendapatkan rawatan lebih pantas dan kembali sihat lebih cepat. Majikan juga dapat mengurangkan kos yang mungkin perlu dikeluarkan bagi membantu merawat pekerja ini, jika tiada pelan perlindungan disediakan.
Boleh Kurangkan Cukai Syarikat
Ini adalah salah satu kelebihan kepada syarikat. Dengan menyediakan pelan perlindungan takaful untuk pekerja-pekerja, beberapa cukai syarikat dapat dikurangkan. Secara tak langsung, majikan mendapat penjimatan dalam salah satu kos yang perlu ditanggung.
Hampir semua company takaful di Malaysia ini ada menyediakan pelan perlindungan takaful untuk pekerja ini (employee benefits). Ada pakej untuk SME dan ada juga untuk pakej big company.
Minima bilangan pekerja untuk kategori SME adalah 5 orang sehingga 200 orang pekerja. Manakala kategori big company pula adalah melebihi 200 orang pekerja.
Anda boleh hubungi agent yang berdekatan dengan anda tentang jenis dan jumlah perlindungan yang disediakan dan caruman bayaran yang perlu dibayar.
Anda nak sebutharga bagi melindungi para pekerja anda?