Group Personal Accident (GPA) adalah polisi insurans yang memberikan perlindungan 24 jam seluruh dunia untuk kematian dan kecederaan tubuh yang disebabkan oleh kemalangan, kepada orang yang dilindungi.
Siapa orang yang dilindungi?
Semua warganegara Malaysia, pemastautin tetap, pemegang pas pelajar atau pemegang pas pekerjaan/ pemegang permit kerja yang bekerja secara sah di Malaysia berumur di antara 16 dan 65 tahun.
Apakah perlindungan / manfaat yang diberikan?
Polisi ini melindungi pekerja untuk risiko:
kematian
hilang upaya kekal
hilang upaya menyeluruh/separa kekal
rawatan perubatan dan pembedahan
elaun hospital
perbelanjaan pengebumian atau pembakaran mayat
bencana alam
penyertaan dalam sukan amatur
Dan banyak lagi sebagai manfaat tambahan
Tempoh perlindungan dan pembayaran premium adalah bersifat tahunan.
Jika anda perlukan pelan perlindungan ini, hubungi agent yang berdekatan dengan anda untuk dapatkan lebih info dan sebutharga.