Nama saya Nurul Ain Binti Naim, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Kewangan dari XXXX dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang perakaunan. Sejak 2015 lagi, saya sudah mula menceburkan diri dalam bidang pelaburan unit amanah, PRS, takaful dan pengurusan harta. Saya juga adalah seorang Financial Adviser yang berdaftar di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) dan bernaung di bawah syarikat XXXX Financial Group Sdn Bhd. I love what I do.
Saya ingin berkongsi pengetahuan dan pengalaman saya bersama anda tentang bagaimana menyediakan pelan pengurusan kewangan dan pelaburan yang terbaik dan bersesuaian untuk anda.
Ada 4 kaedah yang boleh anda gunapakai dalam membuat pelaburan dalam unit amanah iaitu sama ada secara lump-sum, secara bulanan, guna akaun 1 KWSP atau yang lebih baik iaitu kombinasi 2 atau 3 kaedah ini. Ketahui perbezaan semua kaedah ini berserta ilustrasi pengiraan berapa simpanan yang boleh anda perolehi.
Baca selanjutnya…
Private Retirement Scheme (PRS)
PRS adalah alternatif kepada simpanan KWSP yang memberikan lebih flexibility dalam memilih dana, jumlah caruman, had pengeluaran dan dibuat secara sukarela
Dalam keghairahan membuat simpanan dan pelaburan, jangan dilupa juga tentang pelan perlindungan takaful agar dapat mengelakkan dari guna duit simpanan ketika berlaku musibah. Perkhidmatan yang disediakan:
Sediakan dana ratusan ribu sehingga jutaan ringgit untuk keluarga tercinta meneruskan kehidupan dalam keadaan senang seperti sediakala, sekiranya suatu hari nanti anda terpaksa meninggalkan mereka buat selama-lamanya (kematian)
Dapatkan dana perubatan sehingga jutaan ringgit, yang boleh bantu anda biaya kos rawatan hospital ketika sakit atau kemalangan serta akses kepada jaringan hospital swasta di seluruh Malaysia yang menjadi panel kepada syarikat takaful yang dipilih, apabila anda mencarum pelan medical card
Baca selanjutnya…
Takaful Am
Pelan perlindungan takaful untuk pelbagai perkara dan aspek yang tidak termasuk dalam kategori takaful keluarga dan employee benefits
Memang seronok dapat pergi melancong, sama ada di dalam negara atau ke luar negara. Lebih mengujakan jika pergi mengerjakan ibadah umrah/Haji. Tetapi, jangan dilupai untuk ambil perlindungan takaful travel sebelum berangkat pergi supaya dapatkan meringankan beban kewangan sekiranya jatuh sakit atau kemalangan dan memerlukan rawatan.
Berikan perlindungan untuk aset peribadi seperti rumah dan aset perniagaan yang mempunyai pelbagai aspek dan skop perlindungan disediakan. Rujuk sini untuk info penuh.
Anda dapat projek lanscaping (sebagai contoh) di sepanjang lebuhraya dan mahu melindungi projek ini dan para pekerja. Ini adalah pelan perlindungan takaful yang sesuai.
Kerjaya professional seperti doktor, lawyer, engineer, arkitek dan tak lupa juga agent insurans/takaful sangat berisiko. Satu kesalahan / kesilapan boleh meranapkan kerjaya anda. Lindunginya dengan pelan professional indemnity ini.
Baca selanjutnya…
Employee Benefits
Pelan perlindungan takaful yang perlu disediakan oleh majikan kepada para pekerjanya yang merangkumi pampasan nyawa, kad perubatan hospital & klinik, perlindungan sakit kritikal dan lain-lain
Tambat kesetiaan para pekerja dengan menyediakan perlindungan takaful kepada mereka, yang merangkumi pampasan nyawa, kad perubatan hospital & klinik, dan pampasan sakit kritikal.
Kehilangan pekerja yang menjadi tunjang utama atau penggerak utama hala tuju syarikat bakal merisikokan masa depan syarikat. Lindungi pekerja atau key-person tersebut dengan perlindungan hibah takaful untuk syarikat atau lebih dikenali dengan ‘keyman takaful’.
Baca selanjutnya…
Pengurusan Harta
Bijak mengumpul harta perlu juga bijak dalam menguruskannya agar harta yang anda kumpul bertahun-tahun dengan susah payah itu dapat diwariskan dengan mudah kepada keluarga suatu hari nanti dan mengelakkan ia dari terbeku dengan sia-sia dan sukar dituntut.
Sediakan wasiat bagi memudahkan harta anda diuruskan dengan lebih baik dan dituntut dengan lebih lancar serta pengagihan mengikut kehendak anda, selepas kematian.
Lindungi hak waris anda dengan meng’hibah’kan harta milik anda kepada mereka, secara sah dan bertulis. Pertukaran hak milik hanya akan berlaku selepas kematian.
Suami boleh melindungi hak isteri untuk hartanya (suami) dengan menyediakan dokumen harta sepencarian di mana harta itu boleh ditukar milik kepada isteri untuk 3 perkara iaitu kematian, cerai dan poligami.