Jika anda adalah agent-agent mewakili company di atas ini, kami ingin berkongsi platform dan menjemput anda untuk daftar nama masuk listing directory bagi company yang anda wakili di kawasan anda sendiri, ke dalam website trustedagent.com.my ini.

Kawasan adalah berdasarkan nama parlimen di setiap negeri, seluruh Malaysia tetapi akan disatukan mengikut negeri. Boleh tengok contoh ini (klik sini) dan pilih pada mana-mana company dalam senarai.

Tujuan utama adalah untuk berkongsi platform sahaja sebagai salah satu medium pengiklanan, dengan sedikit bayaran di mana sebahagian besar bayaran itu akan digunakan semula untuk sama-sama tanggung kos iklan di media sosial.

Ya, perlu terima hakikat, berada dalam bidang jualan memang tak boleh lari dari pengiklanan. Kita sentiasa perlu, walau apa cara sekalipun, iklankan business kita untuk sentiasa mendapat jualan.

Cuba Bayangkan!

Sehari kita keluar belanja RM100 untuk iklankan business kita. Sebulan 30 hari sudah RM3,000. Pastinya komisyen jualan yang diperolehi perlu melebihi RM6,000 supaya kita ada untung RM3,000 untuk dibawa pulang dan baki RM3,000 lagi dibuat rolling untuk pengiklanan bagi mendapatkan gaji bulan depan pula.

Tak semua orang boleh survive nak tanggung kos iklan sendirian, walaupun ada untung. Kalau tak bernasib baik, tiada untung, lagilah merana.

Jadi, why not, kita semua bersatu, berkumpul di bawah 1 laman web yang sama, sama-sama promosikan, sama-sama berkongsi kos pengiklanan, seterusnya website ini menjadi rujukan bakal pelanggan di kawasan parlimen masing-masing.

Ye lah, kita pun tak nak pergi jauh sangat. Dapat conquer kawasan sendiri pun sudah memadai. Modal perjalanan juga boleh dikurangkan.

Jadi, di bawah adalah pakej harga yang sangat mampu milik. Hanya RM30 bulanan untuk setiap kategori, termasuk percuma 2 kawasan parlimen. Anda bebas memilih mana-mana kawasan dan sebaiknya adalah kawasan berdekatan dengan anda. Tambahan RM10 bulanan untuk setiap lokasi yang berikutnya.

Format Nama Anda:

Nama anda akan dimasukkan dalam format berikut:


Panduan:
= Whatsapp | = Call | = Website/Online Store/linktree

Kategori: Personal Takaful
Lokasi: Ampang
AHMAD ALBAB BIN RAMLI
[ AIA Public Takaful ]
  |    |  
SITI ROHANI BINTI MD ZIN
[ Prudential BSN Takaful ]
  |    |  
NUR NILAM SARI BINTI SERATUS
[ Great Eastern Takaful ]
  |    |  


Borang Quotation:

Nama anda juga akan dimasukkan ke dalam borang quotation (untuk kategori yang bersesuaian sahaja).

Jika bakal pelanggan mengisi borang ini dan memilih anda sebagai agent di lokasi pilihan, anda akan menerima notifikasi email secara real-time dan terkandung semua maklumat bakal pelanggan yang telah diisi dan dihantar itu.

Maklumat-maklumat itu hanya akan dihantar kepada anda sahaja. Tiada duplikasi maklumat dihantar kepada agent lain, melainkan bakal pelanggan mengisi dan menghantar borang tersebut berkali-kali pada agent yang berlainan.

Kemudian, menjadi tanggungjawab anda untuk menghubungi bakal pelanggan tersebut. Kami nasihatkan jangan bertangguh. Segera hubungi bila menerimanya.

Contoh:

Apa Jaminan Akan Dapat Prospek / Contact Numbers?

  1. Minta maaf! Tiada jaminan bahawa apabila join listing ini, anda akan dapat contact numbers atau bakal pelanggan, dan seterusnya jualan.

  2. Ini hanyalah sebagai salah satu usaha atau sebuah perjalanan untuk mendapatkan jualan sahaja dan kita bergerak secara ‘berjemaah’ atau berkumpulan dalam 1 website yang sama (trustedagent.com.my). Atas sebab itu juga bayaran bulanan juga rendah dan murah

  3. Jika anda rasakan ini adalah satu peluang, isikan borang di bawah dan buat pembayaran hari ini. Nama anda akan dimasukkan ke dalam listing dalam masa 12 jam selepas daftar

Pakej Langganan:

Pakej A

RM 12
50
Bulanan
  • Pilihan 2 Lokasi Parlimen
  • Sehingga 4 Kategori
    (Takaful Keluarga, General, EB, Estate Planning)
  • Hanya nama agent

Tambahan

RM 5 Bulanan
  • Tambahan Setiap Lokasi Parlimen

Borang Daftar Listing Agent Directory

Isikan maklumat yang diperlukan di bawah dan buat bayaran kali pertama melalui kad debit atau kad kredit.
Please enable JavaScript in your browser to complete this form.
Pilihan Kategori:
Share to:
Made with ❤️ by DBS Advisory / Notis Privasi
error: Content is protected !!