&nbspCara Verify Agent  

Kami di trustedagent.com.my akan sentiasa sedaya-upaya memastikan hanya agent-agent yang sah dan aktif sahaja berada dalam listing directory kami supaya bakal pelanggan terhindar dari segala bentuk penipuan yang mungkin boleh berlaku.

Sebelum nama-nama agent dimasukkan dalam listing directory, maklumat yang telah diberikan akan kami gunakan untuk verify kesahihannya di beberapa portal semakan, contohnya:
  • Agent Insurans / Takaful (Personal & EB)
    Website semakan: MTA / LIAM

  • Agent Insurans / Takaful (General)
    Website semakan: PIAM

  • Agent Unit Trust & PRS
    Website semakan: FIMM

  • Agent Private Mandate / Offshore Investment
    Website semakan: Security Commission

  • Financial Adviser’s Representative (FAR)
    Website semakan: BNM

  • Estate Planner
    Cara semakan: Gambar kad agent / maklumat dari official website

  • Agent Coway / Cuckoo / SK magic
    Website semakan: Official Online Store dari company masing-masing

  • Agent Sim Cards / Fiber Internet
    Cara semakan: Screenshot dari mobile app untuk agent

Untuk agent sim card atau fiber internet, tidaklah begitu kritikal jika mereka yang tersenarai bukan direct agent atau mereka hanyalah sub-agent kepada direct agent. Ini kerana, pelanggan akan dapat barang fizikal iaitu sim card atau modem internet.

Cuma, harus diingat, tiada bayaran perlu diberikan kepada agent atau technician pemasangan fiber internet. Bayaran permulaan adalah dibayar terus kepada provider. Bagi sim card pula, mungkin perlu buat pembelian stok sim card dari agent dengan bayaran yang munasabah.

————

Walaupun kami sedaya-upaya cuba sehabis baik memastikan hanya agent yang sah dan trusted sahaja berada dalam listing directory ini, kami tidak bertanggungjawab atas sebarang salah laku yang juga boleh berlaku ketika anda berjumpa dan berurusan dengan agent-agent tersebut.

Kami juga berharap, jika ia berlaku, sila laporkan kepada kami untuk kami blacklist agent ini di masa akan datang.
Share to:
Made with ❤️ by DBS Advisory / Notis Privasi
error: Content is protected !!