Business Protection  

Apakah Jenis Perlindungan Yang Disediakan?
  1. Fire & Terrorism
    Melindungi bangunan, stok, peralatan, perabot dan alatan pejabat dari kehilangan atau kerosakan akibat kebakaran, kilat, letupan Domestik atau Keganasan.

  2. Banjir, Pecah & Limpahan Tangki Air/Paip
    Juga melindungi dari banjir, pecah atau limpahan tangki air / paip air

  3. Kerugian Tuntutan
    membantu anda membayar baki keuntungan bersih dan caj tetap yang timbul akibat gangguan perniagaan selepas berlakunya kerugian atau kerosakan dari kebakaran, malapetaka semulajadi yang besar seperti gempa bumi, ribut taufan, banjir dan lain-lain bahaya yang boleh dilindungi

  4. Semua Risiko
    Melindungi kerugian atau kerosakan pada semua loji, jentera, peralatan mekanikal dan radas serta semua tetap mesin dan peralatan pejabat di premis anda akibat kebakaran, kecurian dan kerosakan tidak sengaja.

  5. Kecurian & Pecah Masuk
    Melindungi kerugian atau kerosakan akibat kecurian akibat kemasukan secara paksa termasuk rompakan bersenjata dan tahan masuk ke dalam premis anda.

  6. Jaminan Kesetiaan (Fidelity Guarantee)
    Melindungi kerugian kewangan langsung akibat tindakan penipuan atau ketidakjujuran yang dilakukan oleh mana-mana pekerja anda

  7. Equipment All Risks
    Melindungi kehilangan atau kerosakan pada peralatan dan aksesori atau alat gantinya disebabkan oleh perlanggaran tidak sengaja, terbalik, kebakaran letupan luar, kilat, pecah rumah atau kecurian.

  8. Erection All Risks
    Kerosakan Bahan / Peralatan
    Melindungi apa jua kerugian atau kerosakan fizikal secara tidak dijangka dan tiba-tiba akibat semua sebab, selain daripada perkara yang dikecualikan secara khusus di dalam sijil

    Liabiliti Pihak Ketiga
    Melindungi kontraktor daripada semua bayaran di mana dia bertanggungjawab dari segi undang-undang untuk membayar ganti rugi akibat daripada:
    (a) Kecederaan anggota badan atau penyakit yang tidak disengajakan yang dialami oleh pihak ketiga akibat kemalangan (sama ada membawa maut atau tidak)

    (b) Kerugian atau kerosakan harta benda yang tidak disengajakan milik pihak ketiga akibat kemalangan dan berkaitan terus dengan kerja pembinaan peralatan/bahan yang dilindungi di bawah Bahagian I dan berlaku secara langsung di kawasan tapak kerja semasa tempoh perlindungan 

  9. Contractor All Risks
    Menyediakan perlindungan untuk Kontraktor dan Pemaju untuk memenuhi kewajipan mereka di bawah syarat kontrak bagi kerja-kerja kejuruteraan awam yang diberikan kepada mereka seperti pembinaan bangunan, infrastruktur dan kerja kejuruteraan awam yang lain. Perlindungan sijil untuk kerugian atau kerosakan atas kerja-kerja kontrak semasa tempoh pembinaan boleh dilanjutkan kepada tempoh penyelenggaraan dari apa-apa sebab yang tidak dikecualikan secara khusus.

    Sijil ini akan terhenti apabila tamatnya projek dan penyerahan kepada Prinsipal. Sijil Semua Risiko Kontraktor bukan sijil tahunan dan oleh itu tidak boleh diperbaharui. Sijil ini melindungi ganti rugi liabiliti pihak ketiga yang bakal menjadi tanggungan Peserta di sisi undang-undang yang timbul daripada pelaksanaan kontrak tersebut

  10. Wang
    Melindungi kehilangan wang semasa dalam transit atau dalam premis dengan sebarang sebab termasuk pembaikan peti besi berkunci, bilik kebal atau depositori lain di mana wang itu disimpan

  11. Cermin Kaca (Plate Glass)
    Melindungi kerugian akibat pecah atau kerosakan pada kaca plat yang dipasang di premis anda

  12. Group Personal Accident
    Meliputi pampasan sehingga 12 pekerja atau jumlah sebenar pekerja mengikut mana yang lebih rendah bagi kecederaan badan secara tidak sengaja

  13. Machinery Breakdown
    Melindungi sebarang kehilangan atau kerosakan fizikal yang tidak dijangka dan mengejut pada loji, mesin dan mekanikal peralatan daripada punca seperti kecacatan tuangan dan bahan, kerosakan, reka bentuk, kerosakan di bengkel atau dalam pembinaan, mutu kerja yang buruk, kurang kemahiran, kecuaian, kekurangan air dandang atau letupan fizikal

  14. Boilers & Pressure Vessel
    Menyediakan perlindungan berkenaan dengan:
    i) Kerosakan pada dandang atau radas lain yang dinyatakan dalam sijil

    ii) Kerosakan harta benda di sekeliling kepunyaan Peserta seperti bangunan, jentera, stok dsb.

    iii) Liabiliti kepada Peserta atas sebab kecederaan maut atau bukan maut kepada, atau kecederaan badan dan kerosakan pada harta pihak ketiga

  15. Peralatan Elektronik
    Melindungi kerugian atau kerosakan pada komputer anda dan peralatan elektronik lain dan ia terpakai sama ada barang sedang beroperasi atau berehat atau dibongkar untuk tujuan pembersihan, baik pulih atau dialihkan dalam premis

  16. Employer’s Liability
    Melindungi liabiliti undang-undang anda kepada pekerja untuk kecederaan badan ketika sedang dalam pekerjaan

  17. Pampasan Pekerja (Workmen’s Compensation)
    Menyediakan perlindungan kepada anda sebagai majikan berkenaan liabiliti berkanun di mana anda akan bertanggungjawab untuk membayar pampasan kepada mana-mana pekerja bagi kecederaan anggota badan akibat kemalangan atau penyakit akibat pekerjaan atau semasa menjalankan pekerjaaannya di bawah Undang-Undang Pampasan Pekerja dan Undang-Undang Biasa untuk pekerja yang tidak dilindungi oleh SOCSO

  18. Foreign Workers Takaful Guarantee
    Di bawah Peraturan 21, Peraturan Imigresen, anda diwajibkan oleh Jabatan Imigresen untuk menyediakan jaminan dalam bentuk deposit keselamatan untuk pengupahan pekerja asing (tidak termasuk Pembantu Rumah Domestik). Jaminan ini adalah untuk menampung perbelanjaaan penghantaran pulang pekerja yang mungkin diarahkan untuk balik ke negara asal semasa bekerja di Malaysia atas arahan pihak berkuasa, disebabkan oleh pelanggaran akta imigresen, terlibat aktiviti haram dan menyalahi undang-undang

  19. Foreign Workers Hospitalisation & Surgical Scheme
    Skim ini telah direka khas untuk mengurangkan beban kewangan majikan terhadap pekerja asing sekiranya berlaku penghospitalan bagi pekerja asing akibat kemalangan atau penyakit ke Hospital Kerajaan Malaysia yang bukan dikorporatkan.​​
    [sc name=”tableskhppa”][/sc]

  20. Liabiliti Awam (Public Liability)
    Melindungi liabiliti undang-undang anda kepada pihak ketiga berkenaan dengan kecederaan anggota badan yang tidak disengajakan atau kerosakan harta benda yang disebabkan oleh pekerja anda atau kecuaian anda

  21. Liabiliti Produk (Product Liability)
    Memberi indemniti kepada pengilang, pengedar atau pembekal produk terhadap liabiliti undang-undang untuk kecederaan badan atau kerosakan harta benda kepada pihak ketiga yang disebabkan oleh produk rosak yang dibekalkan atau pemasaran salah nyata

  22. Goods in Transit
    Melindungi kerugian atau kerosakan barang semasa perjalanan melalui pengangkutan darat seperti yang diperuntukkan dalam Klausa Transit Dalam Negeri (Semua Risiko)

  23. Marine Cargo
    Perlindungan untuk kerugian atau kerosakan kepada barangan yang dihantar melalui semua jenis pengangkutan (laut, udara, jalan raya dan kereta api) dari gudang asal ke gudang destinasi, termasuk penyimpanan sampingan

Anda nak sebutharga bagi melindungi business anda?
Share to:
error: Content is protected !!