dokumen ini akan membantu menjamin hak benefisiari (penerima) yang dipilih oleh penghibah (pemilik harta) dengan cara pemberian hak mutlak kepada benefisiari tersebut (milikan penuh)
Antara yang boleh dihibahkan: - hibah hartanah bercagar / loan - hibah hartanah bebas cagaran - hibah harta alih dan wang tunai - hibah bursa saham - hibah saham perniagaan
pemilik menyatakan harta tersebut akan dihibahkan kepada benefisiari, hanya selepas kematian
benefisiari adalah sama ada dari kalangan waris atau bukan waris atau sesiapa sahaja yang dikehendaki oleh pemilik
dokumen ini boleh bantu para suami melindungi hak isteri-isterinya terhadap hartanya (suami), ke atas sebarang penindasan atau ketidakadilan yang mungkin boleh wujud selepas kematian
hanya suami perlu buat, isteri tidak perlu
harta hanya boleh ditukar milik kepada isteri-isteri untuk 3 peristiwa iaitu kematian, bercerai atau poligami
apabila seseorang itu meninggal dunia tanpa dokumen wasiat, seorang pentadbir perlu dilantik bagi menguruskan harta si mati
dalam bahasa mudah faham, semasa hidup, pemilik harta mungkin hanya perlu tandatangan dan cop jari untuk menukar hak milik hartanya kepada orang lain. Tetapi, selepas kematian, tandatangan dan cop jarinya sudah tidak laku. Seseorang perlu dilantik, secara sah, sebagai wakil yang boleh bantu tukar hak milik harta tersebut kepada pemilik yang baru (waris). Itulah tugas pentadbir
sebaiknya, lantik pentadbir yang berpengetahuan dan arif tentang hal tuntutan pusaka. Salah memilih pentadbir, bakal membuatkan benefisiari dalam kesusahan dan penderitaan
oleh itu, kami juga ada menyediakan servis untuk mentadbir harta pusaka si mati