Ambil tahu apa 10 perkara yang medical card tak cover ketika warded di hospital. Tapi, sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita refresh apakah fungsi medical card. Pasti ramai sudah tahu, tapi tak kurang juga yang masih blur akan fungsinya.
FUNGSI MEDICAL CARD:
Secara ringkas, medical card bantu anda bayar kos rawatan hospital swasta/ kerajaan, ketika anda sakit atau kemalangan dan memerlukan rawatan hospital. Ia seperti kad debit atau kad kredit yang boleh digunakan ketika membeli barangan. Tetapi, penggunaannya adalah terhad untuk bayar kos rawatan hospital sahaja.
Bagi mendapatkan medical card ini, anda perlu mohon melalui syarikat insurans/ takaful dan mohon ketika masih SIHAT. Ini adalah syarat UTAMA untuk mohon.
Setiap Medical card telah disediakan dengan sesuatu jumlah had yang boleh kita claim untuk bayar kos rawatan di hospital. Mungkin setahun cover RM50,000; RM100,000 mahupun sebesar RM2 Juta. Ia berbeza-beza mengikut pakej yang anda ambil. Itulah had yang boleh kita gunakan yang ditanggung oleh pihak insurans/ takaful.
Tetapi, walaupun had untuk claim sudah disediakan, tak semua boleh cover. Ada 10 perkara yang medical card tak cover ketika anda warded di hospital. Anda patut ambil tahu perkara ini supaya jelas jika perlu warded di kemudian hari.
10 Perkara Medical Card Tak Cover Ketika Warded di Hospital
Kos Rawatan Klinik (sebelum ke hospital)
Anda mungkin terpaksa ke klinik beberapa kali sebelum ke hospital untuk mendapatkan rawatan awal tentang sakit dialami. Anggaran setiap sesi adalah antara RM30 – RM100. Dan, anda tak boleh guna medical card untuk membayar kos tersebut.
Tetapi, jika doktor di klinik refer anda untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital dan kemudian doktor di sana juga mengesahkan anda perlu warded, maka semua kos klinik itu boleh claim semula.
Maksudnya, kos di klinik tak cover, selagi anda tak warded di hospital. Hanya akan cover jika anda warded di hospital. Jadi, jangan buang resit-resit di klinik itu. Serahkan resit kepada agent anda untuk buat claim selepas anda discaj dari hospital.
Bayaran deposit kemasukan hospital
Sebelum dibenarkan masuk bilik wad, anda perlu membayar bayaran deposit kemasukan hospital. Kebiasaannya, jika mereka yang tiada medical card, deposit adalah bermula dengan RM2,000 dan ke atas. Jika anda ada medical card, bayaran deposit adalah antara RM300 – RM500.
Perlu faham bahawa bayaran ini adalah hak hospital kerana pihak hospital tidak tahu status medical card anda sama ada masih aktif atau tidak. Jadi, sedikit bayaran deposit diminta sebagai security untuk mereka.
Namun begitu, bayaran deposit ini akan dipulangkan semula ketika anda discaj (jika ada baki).
Kos ulang-alik ke hospital
Ini adalah contoh situasi di mana anak kecil yang perlu warded di hospital dan hanya seorang penjaga iaitu ibu dibenarkan bermalam bersama pesakit (anak).
Jadi, bapa yang perlu berulang-alik ke hospital melawat anak dan isteri di hospital. Kos ulang-alik perlu ditanggung sendiri dan sememangnya tidak boleh claim dengan medical card. Anggaran kos mungkin sekitar RM50 kos perjalanan ulang-alik ke hospital, bergantung pada lokasi.
Perkongsian Bayaran Bil Hospital Medical card ada 2 jenis tanggungan untuk bayaran bil hospital, bergantung pada pakej yang diambil, iaitu sama ada tanggungan penuh atau ada ko-takaful.
Bagi medical card jenis tanggungan penuh, kos rawatan hospital adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak insurans / takaful, kecuali kos-kos yang tidak berkaitan dengan rawatan tersebut.
Manakala medical card jenis ko-takaful atau co-payment pula, ada perkongsian bayaran bil hospital di mana sebagai pelanggan anda perlu kongsi bayar bil rawatan antara 10% – 20% dari keseluruhan kos atau bayaran tetap antara RM300 – RM500.
Sila tanya agent anda, medical card yang anda nak mohon atau sudah ada, adalah dari jenis yang mana.
Ko-takaful atau co-payment perlu bayar dengan duit anda sendiri dan tak cover dengan medical card. Bayaran caruman untuk kedua-dua jenis medical card ini juga adalah berbeza di mana caruman jenis tanggungan penuh adalah lebih tinggi.
Rawatan di Hospital bukan panel Medical cardtak cover secara terus, jika anda warded di hospital yang BUKAN panel kepada syarikat insurans/ takaful anda. Jadi, perlu pastikan bahawa anda warded di hospital yang panel, jika mahu terus claim menggunakan medical card.
Maksudnya, jika anda terpaksa warded di hospital bukan panel, mungkin kerana tiada hospital panel yang berdekatan, kos rawatan di hospital tersebut perlu anda bayar menggunakan duit anda sendiri.
Selepas anda discharge, baru anda claim semula kos rawatan itu kepada syarikat insurans/ takaful anda. Semua resit-resit original, discharge summary, senarai bil terperinci atau invois dan segala report yang berkaitan dengan rawatan tersebut perlu anda serahkan ketika buat claim.
Bayaran Kos Lebihan Bilik Wad
Apabila nak warded di hospital, bilik wad single-bedded (1 katil) lebih menjadi pilihan kerana lebih privacy dan aurat lebih terjaga.
Kebanyakan harga bilik single-bedded bermula RM230 dan ke atas per malam. Jika medical card anda cover bilik wad berharga RM200 dan ke bawah, tetapi bilik yang anda mahukan berharga RM250, maka lebihan RM50/malam perlu anda tanggung sendiri mengikut bilangan hari anda warded.
Barangan Tak Berkaitan dengan Rawatan
Ada beberapa barangan atau perkara yang tak berkaitan dengan rawatan perlu anda tanggung sendiri dan tak boleh claim dengan medical card, contohnya admin fee hospital biasanya sekitar RM10 – RM60 bergantung pada hospital dan alatan mandi seperti toiletries dan tuala, biasanya sekitar RM50 – RM100.
Juga, tidak terhad kepada ini sahaja. Mungkin ada tambahan kepada checkup atau test yang tak berkaitan dengan rawatan atau tambahan ubat dalam kategori supplement / vitamin.
Rawatan Susulan (follow-up)
Selepas anda discaj dari hospital, biasanya doktor akan memberikan tarikh temujanji seterusnya iaitu rawatan susulan (follow-up).
Rawatan susulan adalah diperlukan oleh doktor untuk mengetahui tahap kesihatan anda dari tarikh discaj sama ada sudah boleh ‘tutup fail’ anda atau masih perlu buat rawatan lanjut. Biasanya konsultasi sahaja tanpa ubat dan kos sekitar RM100 – RM150 setiap sesi.
Anda perlu bayar duit sendiri dahulu tetapi boleh claim semula dengan medical card. Serahkan pada agent resit dan butiran invois untuk mereka bantu buatkan claim anda.
Penyakit dalam General Exclusion atau Penyakit Sedia Ada Medical card tak cover semua rawatan, terutamanya penyakit-penyakit yang tersenarai dalam General Exclusion atau pengecualian umum dan penyakit sedia ada, yang wujud sebelum mohon medical card lagi.
Antara yang tersenarai dalam general exclusion adalah rawatan pembedahan kosmetik (kecuali kemalangan) untuk kecantikan dan rawatan check-up serta kos bersalin untuk wanita yang mengandung. Ia memang tak cover. Dapatkan senarai penuh general exclusion dari agent anda.
Penyakit sedia ada yang wujud sebelum memohon medical card juga tak cover. Medical card hanya boleh digunakan untuk bayar rawatan penyakit yang datang selepas mencarum.
Cuti Kerja Tanpa Gaji
Ini adalah hakikat yang perlu diterima oleh pekerja atau peniaga yang bergaji harian atau bergaji bulanan tetapi sudah habis cuti berbayar (mc / annual leave). Terpaksa ambil cuti tanpa gaji jika warded di hospital ketika sakit atau kemalangan atau menjaga ahli keluarga yang warded di hospital.
Jika gaji 1 hari adalah RM200 dan warded selama 5 hari, maka anda akan kerugian RM1,000 tanpa gaji dan semestinya ia tidak ditanggung dalam manfaat medical card
Apakah ada penyelesaian?
MEDICAL CARD
Untuk perkara-perkara di bawah ini, ia tak cover ketika mendapatkan rawatan sahaja, iaitu perlu bayar duit anda sendiri dulu dan boleh claim semula selepas anda discharge dari hospital.
Anda perlulah serahkan semua resit, invoice details dan discharge summary kepada agent anda untuk mereka bantu buatkan claim. Tetapi, jika anda masih tiada medical card,
boleh mohon dengan agent yang berdekatan dengan anda.
HOSPITAL INCOME BENEFITS
Bagi perkara-perkara di bawah ini pula, adalah kos yang anda perlu tanggung sendiri dan tak boleh claim semula melalui medical card.
Namun begitu, ada cara untuk tidak merasa rugi ratusan ringgit untuk tanggung kos-kos ini. Anda boleh mohon manfaat Hospital Income Benefits atau nama lain adalah Elaun Hospital.
Sejumlah wang tunai diberikan serendah RM50 sehingga maksima RM2,300 sehari, mengikut bilangan hari anda warded. Juga perlu mohon ketika masih SIHAT.
Jika anda masih belum ada manfaat ini, boleh mohon dengan agent yang berdekatan dengan anda.
TAK COVER
Ini pula adalah perkara-perkara yang anda perlu sediakan cash sendiri dan memang tak cover dan tak boleh claim semula:
Kami dalam proses mengumpulkan agent-agent takaful untuk disatukan dalam website ini dan anda dijemput untuk letak nama di sini, seperti agent-agent di atas, sebagai agent yang trusted dan boleh dihubungi oleh bakal pelanggan. Website ini mempunyai ranking yang agak tinggi di Google untuk keyword trusted agent atau agent trusted. Jadilah yang terawal untuk letak nama di sini, supaya nama anda antara yang teratas.
Hanya RM49 dan nama anda kekal di sini selama tempoh 1 tahun. Nama agent akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Website ini juga akan kami promosi secara organik (offline) atau melalui iklan (berbayar) dari semasa ke semasa, tanpa extra charge. Semoga ia membantu anda dapat sales yang banyak. Tekan di bawah untuk buat bayaran.